Penyampaian Bantuan Kepada Saudara Muslim

pasanganislam1

 

 

 

Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ustaz Mohd Leow bin Abdullah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan asas kepada salah seorang saudara muslim, Rosli bin Abdullah yang menetap di Kampung Tanjung Keling baru-baru ini. Turut hadir menziarahi Rosli Pegawai Agama Ketua Menteri Melaka, wakil Malaysia Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japerun Pantai Kundur.

MAIM akan menyediakan bantuan berbentuk elaun secara bulanan berjumlah RM 200.00 dan juga makanan bulanan bernilai RM 200.00 kepada beliau. Dalam waktu yang sama, MAIM turut memberikan sumbangan bantuan hari raya untuk tahun ini berjumlah RM 450.00 secara tunai disamping akan menyediakan bantuan bulanan sewa rumah dalam waktu yang terdekat serta beberapa bantuan tambahan yang akan disalurkan kelak. Dengan sumbangan berkenaan, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban keluarga Rosli dalam menjalani kehidupan seharian.

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1333
Semalam1660
Minggu Ini4384
Bulan Ini10419
Keseluruhan3742144
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.