Penyerahan Bantuan kepada Pakcik Yaacob bin Jonid

pakcikakob

 

 

Ziarah ke rumah pakcik Yaacob bin Jonid, 68; yang tinggal seorang diri di Kg. Banda Hilir. Beliau yang merupakan penerima bantuan bulanan MAIM sejak Februari 2019 sering diabaikan oleh anak-anak beliau sehingga sering dibiarkan keseorangan di rumah yang uzur.

Atas maklumat yang diterima dari masyarakat dan jiran tetangga terdekat serta barisan MPKK, Bahagian Agihan Zakat sekali lagi ke rumah pakcik Yaacob untuk menziarahi beliau kerana beliau mahu dihantar ke rumah-rumah orang tua. Namun, atas nasihat yang diberikan beliau membatalkan hasrat beliau untuk ke rumah orang tua.

Bahagian Agihan Zakat menambah keperluan bantuan beliau dengan dibantu jiran-jiran yang berhampiran untuk terus memberi sokongan kepada pakcik Yaacob.

MAIM juga mengharapkan masyarakat dari setiap lapisan masyarakat agar turut sama membantu memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dan bukan hanya menuding jari kepada satu-satu pihak. Sesunguhnya Bahagian Agihan Zakat memerlukan maklumat dari segenap lapisan masyarakat bagi membantu mereka yang layak menjadi asnaf zakat dan bukannya menghentam sehingga senget mulut bila bercerita di warong kopi dan media sosial.

#JadiSukarelawanMaimNak
#TurunPadangPunTidak
#SiapaCakapMohonZakatSusah 
#BerapaLikeBolehDapat

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1429
Semalam1660
Minggu Ini4480
Bulan Ini10515
Keseluruhan3742240
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.