Menziarahi Adik Nur Qaseh Umairah binti Mohd Najib

adiksakit

Majlis Agama Islam Melaka, melalui Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi adik Nur Qaseh Umairah Mohd Najib, lima tahun yang telah tular di media sosial serta di akhbar perdana di Taman Seri duyong 3. Turut bersama, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, pasukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka serta Setiausaha JAPERUN Duyong. Untuk makluman, adik Qaseh Umairah menghidap penyakit paru-paru berlubang sejak lahir dan telah menerima bantuan secara bulanan dari MAIM sebanyak RM350. Ibunya bekerja sebagai guru dan ayahnya bekerja sambilan sebagai penjual satay terpaksa menanggung kos elektrik rumah terbabit mencecah hampir RM500 sebulan selain kos susu RM1,200 sebulan serta sewaan mesin terapi Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) RM400 sebulan dan servis mesin terbabit yang mencecah RM600.
Sehubungan itu, pihak MAIM telah menyalurkan sumbangan wang tunai dan akan cuba mendapatkan bantuan mesin oksigen yang bernilai hampir RM5,000.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1161
Semalam2688
Minggu Ini3849
Bulan Ini61070
Keseluruhan1206782
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.