Alhamdulillah dengan nikmat dan barakah di bulan Ramadhan, Majlis Agama Islam Melaka melalui Bahagian Agihan Zakat telah menziarahi pak cik yang bernama Abd Rashid Ibrahim, 90 tahun di Klebang Kecil. Pak cik Abd Rashid menghidap sakit tua, dan kurang berkeupayaan untuk bergerak dgn menggunakan tongkat.
Atas kemaslahatan yang berlaku ke atas beliau, Team MAIM telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada beliau bagi memudahkan urusan seharian beliau dalam meniti usia emas.
Sama-sama doakan segala usaha dan tanggungjawab yang dilaksanakan dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Kerjasama masyarakat Islam disekitar negeri amat ditagih bagi memanfaatkan agihan zakat kepada mereka yang benar-benar layak.
Terima kasih kepada pembayar zakat di negeri ini. Amanah anda, tanggungjawab kami.
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#TerimaKasihPembayarZakatNegeriMelaka
#TeamMAIM