Bantuan Majlis Agama Islam Melaka

bantuan-jasin

Alhamdulilah dengan nikmat dan barakah di bulan Ramadan yang mulia ini, MAIM telah membantu mereka yang dalam kesusahan. Terbaru MAIM telah membantu 10 buah keluarga dan individu yang menghadapi masalah kesihatan yang kronik dalam kawasan DUN Sungai Rambai.

MAIM telah membantu dari segi bantuan wang tunai kecemasan dan dalam waktu yang sama MAIM akan membantu bantuan bulanan secara tunai dan makanan bulanan kepada mereka. Sumbangan berkenaan telah disempurnakan sendiri oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Haji Azman bin Haji Aziz. Turut hadir Pegawai Zakat Daerah Jasin, Ustaz Norazam bin Ismail dan Pegawai Penyiasat DUN Sungai Rambai, Mohd Amin bin Abu Bakar.

Semoga dengan bantuan yang diberi, mampu meringankan beban keluarga ini. Jangan risau, MAIM tetap akan agihkan bantuan zakat kepada mereka yang benar-benar layak dan bukan dengan cara menipu hingga menyampaikan maklumat yang tidak tepat dan salah.

Sama-sama doakan segala usaha dan tanggungjawab yang dilaksanakan dapat ditunaikan dengan sebaiknya. Kerjasama masyarakat Islam disekitar negeri amat ditagih bagi memanfaatkan agihan zakat kepada mereka yang benar-benar layak. Ingat kepada mereka yang benar-benar layak ye. 
Terima kasih kepada pembayar zakat di negeri ini. 
#Amanahandatanggungjawabkami

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini192
Semalam1595
Minggu Ini3307
Bulan Ini14151
Keseluruhan3559989
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.