Pelajar perlu waspada ancaman syiah

syiah

Pusat Islam-Umat Islam di negeri ini khususnya pelajar institusi pengajian tinggi termasuk pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) diingatkan supaya berwaspada dan bersedia menghadapi musuh yang melakukan penyelewengan serta pencemaran yang boleh menggugat akidah perpaduan dan keharmonian. Rektor Kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Melaka Prof.Madya Dr. Mohd Adnan Hashim berkata, dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, umat Islam khususnya golongan pelajar dicabar dengan fahaman dan ideologi seperti leberalisme dan pluralisme serta unsur negatif lain. "Jika sebelum ini kita digemparkan dengan isu murtad, kini fahaman dan ajaran syiah pula semakin menular dikalangan masyarakat kita".katanya. "Fahaman syiah ini semakin meruncing dan menular dikalangan umat islam dinegeri ini dan perkara ini perlu dibendung terlebih awal kerana ianya mensasarkan golongan yang berpendidikan tinggi dan penuntut institusi pengajian tinggi dinegara ini." katanya ketika berucap di majlis perasmian program Syiah Perosak Aqidah di Auditorium Al-Azim baru-baru ini. Pihak berwajib khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) termasuk MAIM sendiri telah melaksanakan proses pembendungan pengembelangan penyebaran ajaran syiah khususnya dinegeri ini bagi memastikan umat Islam di negeri ini dapat dan berpegang teguh dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Sehingga kini pihak UITM telah menyusun program dan seminar di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi mahupun di setiap daerah di negeri ini bagi memberi penerangan berkaitan bahayannya ajaran-ajaran mahupun fahaman yang boleh memesongkan akidah ini. Hadir sama di majlis berkenaan pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Ismail dan Ketua Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM, Mohd Dino Md Delan.

UNDIAN

Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan yang disediakan oleh MAIM?

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1482
Semalam1660
Minggu Ini4533
Bulan Ini10568
Keseluruhan3742293
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.