Sistem e-Rating

Perkhidmatan kaunter adalah salah satu cara atau kaedah yang disediakan oleh kerajaan kepada orang ramai yang ingin berurusan mengenai sesuatu perkara. Majlis Agama Islam (MAIM) sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi harapan dan memuaskan hati pelanggan iatu perkhidmatan diberi adalah cepat, tiada kesilapan, mudah diperolehi, tidak membebankan pelanggan dan layanan mesra dan bersopan. Bagi memantau dan memastikan perkhidmatan barisan hadapan/kaunter yang berkualiti MAIM telah menggunapakai sistem E-rating.

Dengan adanya sistem E-rating yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU bagi menggantikan sistem manual, laporan kepuasan pelanggan dapat diperolehi dengan cepat. Dengan adanya laporan yang dikeluarkan melalui sistem E-rating ini, MAIM dapat menilai di mana tahap perkhidmatan yang diberikan terutamanya di kaunter pertanyaan dan kaunter perkhidmatan MAIM. MAIM dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan produktiviti warga kerja dengan berpandukan laporan ini yang mana sebelum ini kepuasan pelanggan dikira secara manual yang mana melibatkan pembaziran masa dan tenaga.

 

 

http://169.254.252.42/erating_maim/kiosk/soalan.php

 

e-rating

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1347
Semalam2906
Minggu Ini12898
Bulan Ini38571
Keseluruhan1565083
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.