Kesungguhan setiap anggota perkhidmatan Majlis Agama Islam Melaka dalam memberikan perkhidmatan secara cekap, mesra dan berkesan untuk :
Agihan Zakat |
Melaksanakan siasatan ke atas permohonan dan menyerah bantuan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 35 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat. |
Wakaf |
Melaksanakan proses permohonan wakaf dalam tempoh 3 bulan bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
MAL |
Melaksanakan proses penebusan tanah Bahagian Baitulmal dalam tempoh 60 hari bekerja. |
Pendaftaran Muallaf |
i) Memproses pendaftaran Muallaf dan pengeluaran kad akuan memeluk islam dalam tempoh 45 minit dari penerimaan borang yang lengkap ii) Melaksanakan program peningkatan ilmu kepada Saudara Muslim sekurang-kurangnya 24 kali setahun. |
Pengurusan Rumah Anak Yatim |
Memastikan prestasi pelajar-pelajar yang menduduki Rumah Anak Yatim mempunyai peningkatan mengikut skala penilaian. |
Pengurusan Aduan Pelanggan |
Memastikan maklumbalas aduan yang diterima dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dan mengambil tindakan terhadap aduan dalam tempoh 14 hari bekerja. |
Kewangan |
Bayaran tuntutan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terimaan tuntutan yang lengkap. (kecuali bayaran elaun dan emolumen) |