PEMBANGUNAN HARTANAH
A. Pembangunan Projek
- Menguruskan permohonan tanah bagi tujuan pembangunan masjid, surau, sekolah rendah agama dan lain-lain keperluan pembangunan
- Mengemaskini rekod hartanah bagi tujuan aset
- Menguruskan pembayaran perkhidmatan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya
- Menguruskan permohonan bantahan/rayuan pengurangan pengecualian nilaian/ pindaan bagi peruntukan cukai tanah dan pintu.
- Merancang pembangunan tanah
- Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan MAIM
- Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan yang sedang berjalan
B. Penyelenggaraan
- Memastikan bangunan dan premis milik MAIM dalam keadaan baik dan selamat
- Menyelia dan mengawasi penyelenggaraan perkakasan dan pemasangan di bangunan milik MAIM
Pelaburan
- Perancangan Pelaburan
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran, perancangan aktiviti dan anggaran belanjawan Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
- Menjadi urusetia kepada mesyuarat berikut
- Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan
- Mesyuarat Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
- Jawatankuasa Pengurusan Aset
- Mengenalpasti pelaburan yang memberi pulangan kepada MAIM
- Menguruskan dokumen sebutharga dan tender bagi perolehan kerja dan penyelenggaraan MAIM.
- Menguruskan pentadbiran dan pengurusan pada peringkat pra-kontrak dan post-kontrak
- Memantau kadar pulangan pelaburan MAIM
- Mengawal selia penubuhan dan perjalanan Anak-anak Syarikat milik MAIM.
- Menguruskan insuran bangunan-bangunan milik MAIM
- Menguruskan penyewaan hartanah MAIM dan kutipan hasil sewa