Kewangan
- Memastikan hasil Majlis dikutip dengan sistematik selaras dengan Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka 2002 dan Amalan Terbaik Kewangan Majlis Agama Islam Melaka
- Menguruskan penerimaan bayaran sewaan, pinjaman perniagaan dan lain-lain hasil MAIM
- Mengawalselia kaunter kutipan MAIM
- Menguruskan penyediaan penyata kutipan hasil
- Menyelenggara Kutipan Harian dan Penyata Pemungut ke bank
- Mengawal selia stok resit rasmi MAIM
- Menyelenggara buku stok resit MAIM (Kew 67 & 68 )
- Menyelenggara segala data dan maklumat berkaitan hasil
- Menyediakan laporan hasil Majlis pada setiap bulan
- Menyemak hasil kutipan zakat harta dan fitrah dari Pusat Zakat Melaka
Akaun
- Memastikan Penyata Kewangan MAIM yang disediakan adalah tepat dan lengkap
- Memastikan Penyata Kewangan MAIM mendapat Sijil Bersih Ketua Audit Negara
- Menyediakan Penyata Kewangan MAIM pada atau sebelum 28 Februari tahun berikutnya
- Menyediakan Penyata Kewangan Disatukan Majlis Agama Islam Melaka bersama Anak Syarikat sebelum 30 April tahun berikutnya
- Memastikan segala data maklumat hasil dan rekod perakaunan di selenggara dengan tepat dan teratur
- Mengurus dan mengakaun segala hasil dan perbelanjaan MAIM di dalam sistem perakaunan
- Mengawal selia akaun MAIM
- Membuat pelarasan ke atas transaksi jika perlu
- Menyediakan penyata penyesuaian bank pada setiap bulan
- Menyediakan jawapan pemerhatian audit untuk auditan penyata kewangan, pengurusan zakat dan indeks akauntabiliti
- Mengawal dan memastikan pengurusan belanjawan dibuat mengikut peraturan
- Memastikan peruntukan di bajet dan tunai di bank mencukupi sebelum perolehan dibuat
- Mengawal peruntukan Majlis selaras dan sehaluan dengan dasar majlis
- Penyediaan buku bajet MAIM
- Mengurusetiakan mesyuarat bajet dalaman MAIM bagi membincangkan bajet MAIM mengikut bahagian-bahagian yang berkaitan
- Menyediakan draf warta bajet untuk diserahkan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang
- Mengawalselia buku vot MAIM
- Merekodkan segala transaksi berkaitan permohonan pembelian ke dalam buku vot MAIM
- Memantau dan menasihati anak-anak syarikat dalam penyediaan bajet dan pengurusan kewangan