Maklumat Program e-Masjid Negeri Melaka.
1. Perlaksanan Progran eMasjid Negeri Melaka.
Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama Melaka ICT Holdings Berhad (MICTH) dan Telekom Malaysia (TM) telah melaksanakan Program eMasjid Negeri Melaka mulai Jun 2013 mengikut fasa yang telah ditentukan.
2. Obejektif e-Masjid Negeri Melaka :
a. Memasyarakatkan masjid dan 'memasjidkan' masyarakat
b. Menarik minat golongan remaja dan belia kepada aktiviti masjid
c. Meluaskan lagi fungsi dan peranan masjid - dakwah menerusi ICT
d. Mempertingkatkan sumber maklumat Islam di dalam portal e-Masjid
e. Menyahut seruan kerajaan - satu daripada komponen e-komuniti bagi merapatkan jurang digital
3. Misi e-Masjid Negeri Melaka
Menjayakan salah satu program ICT yang telah diilhamkan Oleh YAB Ketua Menteri iaitu menjadikan masyarakat Melaka celik IT
4. Visi e-Masjid Negeri Melaka
Memastikankesemua 187 buah masjid di dalamnegeriinimemilikikeperluanasas ICT danmempunyailaman web sendiri yang dihubungkandenganpentadbiranKerajaanNegeri Melaka.
5. Pengisian Program e-Masjid Negeri Melaka.
a. Perkhidmatan Wifi e-MasjidNegeri Melaka
- Perkhidmatan jalur lebar (internet) percuma kepada semua masjid-masjid negeri Melaka
- Semua kos-kos perkhidmatan ditanggung oleh MAIM sepenuhnya
- Penggunaan diberikan percuma kepada pengunjung masjid
b. Portal e- Masjid Negeri Melaka( http://masjid.melaka.gov.my) :
- Laman web bersepadu bagi masjid-masjid negeri Melaka
- Informasi masjid-masjid negeri Melaka
- Program-program dan aktiviti masjid-masjid
- Sistem-sistempengurusan masjidbersepadu
- Perlaksanaan Program e-Khutbah
- KoleksiCeramahMingguan Melaka
- Streaming CeramahMingguanNegeri Melaka
- Maklumbalas&Aduan
c. Pembekalan 1 Komputer 1 Masjid Negeri Melaka
- Semua masjid negeri Melaka akan dibekalkan dengan 1 unit komputer
- Khas untuk kegunaan masjid bagi mendapatkan informasi terkini
- Perlaksanaan Program e-Masjid untuk e-khutbah , Sistem Pengurusan Masjid dan lain-lain lagi
6. Status Perlaksanaan Program eMasjid Negeri Melaka.
Bil | Status Perlaksanaan Program | Bilangan Masjid |
1 | Masjid Kerajaan Negeri | 6 |
2 | Daerah Melaka Tengah | 69 |
3 | Daerah Alor Gajah | 60 |
4 | Daerah Jasin | 46 |
JUMLAH | 181 |