Program Rimbunan Kaseh adalah satu daripada program transformasi luar bandar kerajaan, bertujuan membangunkan suatu kawasan luar bandar secara mampan dan pada masa sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan kualiti kehidupan peserta.
Ia projek pembangunan khas menerusi peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menaiktaraf hidup keluarga miskin yang terpilih bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan pendapatan tinggi.Fasa pertama bagi program itu membabitkan enam negeri iaitu Pahang, Melaka, Terengganu, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.
Di Melaka, Program Rimbunan Kaseh meliputi pelbagai tanaman pertanian dan ternakan ikan ini diusahakan di atas tanah seluas 14.16 hektar milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) oleh 97 penerima zakat dari kategori asnaf miskin.
Pembangunan infrastruktur dan pengurusan projek berkenaan dilaksanakan syarikat Iris Corporation Berhad dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia dibiaya Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM dengan kos RM23 juta dan RM3 juta lagi oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Maklumat Projek Rimbunan Kaseh
BIL | PERKARA | PENERANGAN |
1 | Nama Projek | Taman Rimbunan Kaseh Negeri Melaka |
2 | Lokaliti | Serkam, Jasin, Melaka |
3 | Jenis Projek | Projek Pertanian Berteknologi Tinggi |
4 | Latarbelakang Ringkas Projek | Merupakan model transformasi masyarakat luar Bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan komuniti serta menjana ekonomi industrian pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi |
5 | Kos Pembangunan Projek | RM 29 juta |
6 | Keluasan Projek | 30 ekar |
7 | Tahun Perlaksanaan | 2013 |