Majlis Agama Islam Melaka telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 5 buah rumah anak yatim di negeri Melaka. Dua daripadanya dikawal penuh oleh Majlis Agama Islam Melaka dan manakala bakinya bergerak dibawah jawatankuasa yang diwujudkan. Sejumlah RM 1.2 juta dibelanjakan setiap tahun melalui peruntukan zakat dibawah asnaf fisabilillah bagi tujuan pengurusan rumah anak yatim tersebut.
Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAAS)
Pengurusan rumah anak yatim ini dikawal sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui peruntukan kewangan yang telah ditetapkan. Objektif utama RAYSAAS adalah sebagai rumah perlindungan kepada anak – anak yatim dan miskin negeri Melaka. Dengan misi untuk memberi kehidupan yang harmoni dan bahagia dan membimbing anak –anak tersebut dalam pembentukan sahsiah diri yang mantap dengan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai – nilai murni dalam kehidupan.
Fungsi
Syarat-syarat Pengambilan
Nama Pengurus : En. Nalilul Hafiz bin Ibrahim
Alamat : KM 17 Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, MelakaKompleks Anak Yatim Fatimah Al Zaharah ( KAYFAZ)
Pengurusan Kompleks ini diletakkan sepenuhnya dibawah kawalan Majlis Agama Islam Melaka dimana pihak MAIM membiayai kesemua perbelanjaan bagi mengurus kompleks tersebut. Misi KAYFAZ adalah memberi kehidupan yang harmoni dan bahagia dan membimbing anak –anak tersebut dalam pembentukan sahsiah diri yang mantap dengan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai – nilai murni dalam kehidupanPertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Islam Daerah Jasin
Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Paya Rumput ( PAYASUM)
Rumah Anak Yatim Darul Ai- Tam