Polisi E-Penyertaan

 Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Korporat Majlis Agama Islam Melaka :

1. Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara perkara berikut :-

 

  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Korporat Majlis Agama Islam Melaka .
  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.

 

2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.
5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.

 

 

UNDIAN

Pendapat anda mengenai portal baru Majlis Agama Islam Melaka:

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini1322
Semalam1876
Minggu Ini17571
Bulan Ini43244
Keseluruhan1569756
HUBUNGI KAMI

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400, Melaka.

 +606-283 7416 / 283 2077
      / 284 9809

 +606 282 6033

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

.