|

Adun Lendu Mantan Ketua Menteri Melaka Yang ke-12 Menyantuni Asnaf

SULAIMAN 1

SULAIMAN 2

SULAIMAN 3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah semalam Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah (BSAT) bersama ADUN Lendu yang juga mantan Ketua Menteri Melaka ke 12, YB Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali menyantuni asnaf di DUN berkenaan.

Seramai 10 buah keluarga asnaf kita santuni dan sampaikan sumbangan kit makanan serta sumbangan wang tunai.

Bersama dalam Ziarah Kasih Asnaf ini Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.

Ziarah kali ini kita telah memastikan asnaf kita dalam keadaan sihat dan kecukupan dalam keperluan harian mereka di kenal pasti.

Kesihatan, kebajikan dan keperluan hakiki mereka menjadi keutamaan kami. Sebelum ini, mungkin kesihatan mereka baik, keperluan harian mereka cukup, yang kita risaukan bila kesihatan dan kebajikan mereka terjejas. Jadi ziarah ini memungkinkan lagi segala keperluan mereka ditambah baik demi kelangsungan kehidupan mereka yang lebih baik.

Kami ziarah bukan untuk mengganggu tapi untuk melihat dengan lebih dekat keadaan kesihatan dan keluarga asnaf kita. Makan minum pakai dan persekolahan anak-anak mereka kita sentiasa ambil perhatian sewajarnya.

Doakan rezeki pembayar zakat dilimpahi keberkatan Allah SWT...

 

FB: Adun Lendu Mantan Ketua Menteri Melaka Yang ke-12 Menyantuni Asnaf

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804813

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.