|

Bekas Penerima Ikon Asnaf MAIM

 
ikonasnaf
 
Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
Setiausaha MAIM, YBhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Ketua Seksyen Pembangunan Insan MAIM, Ustazah Arina Safurra binti Alim menyantuni bekas penerima bantuan yang juga ikon asnaf MAIM, Encik Shasraman bin Jalil di kebun cili dan terung milik beliau bertempat di Kampung Serkam Darat.
Perusahaan dan pertanian itu telah berjaya menghasilkan pulangan yang besar dan seterusnya mampu menampung permintaan dan meningkatkan ekonomi keluarga Encik Shahsraman.
Turut disampaikan sumbangan bagi menampung kos pertambahan lokasi kebun dan ladang cili di sekitar daerah Jasin.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan perusahaan Encik Shahsraman akan bertambah maju di masa akan datang.
Turut hadir, Ketua Seksyen Agihan Zakat MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804895

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.