|

Dua Beradik Piatu Cekal Harungi Kehidupan Sendiri

 tan1

tan2

tan3

 

Dua Beradik Piatu Cekal Harungi Kehidupan Sendiri,

Skuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka kali ini, menziarahi dua adik beradik lelaki yatim piatu di Taman Bertam Jaya hari ini. Sejak ibu mereka seorang Muallaf meninggal dunia pada Julai 2021 kerana Covid, abang sulung iaitu Muhammad Abdul Karim Abdullah yang mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga bagi meneruskan persekolahan adiknya, Muhammad Hamirul Abdullah, 14 tahun.
 
Muhammad Abdul Karim yang hanya bekerja sebagai pembantu tukang masak, akan menghantar adiknya setiap pagi ke sekolah menengah di Malim sebelum memulakan pekerjaan walaupun beliau tidak mempunyai lesen motor dan cukai jalan yang telah tamat tempoh kerana tidak berkemampuan.
 
“Selepas itu, saya akan mengambil upah di mana sahaja tempat yang boleh menerima upah seperti mengecat dan membaiki perkakasan elektrik”, katanya ketika ditemui. â€œNamun, sejak beberapa minggu yang lalu, pinggang saya mula rasa sakit dan selalu tidak dapat hadir bekerja, sehingga tak mampu membayar sewa rumah bulan ni”, tambahnya.
 
Sehubungan perkara tersebut, pihak SAZ dan Unit Kebajikan Muallaf Balai Islam telah menyampaikan bantuan kewangan bagi melunaskan pembayaran sewa rumah kepada dua beradik tersebut serta barangan keperluan dapur di rumah yang mereka diami. Bahagian Agihan Zakat juga, akan membantu kedua-dua beradik ini untuk menerima bantuan bulanan sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung.
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 29 October 2024, 23:56:59.

Total Visitors

003807912

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.