|

Gotong Royong Rumah Pakcik Yaakop bin Yusop di Kampung Sempang Merlimau

1 7 1

1 7 2

1 7 4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Semalam di Kampung Sempang Merlimau, gotong royong rumah pakcik Yaakop bin Yusop yang juga asnaf MAIM penerima bantuan secara bulanan dari MAIM. Bersama kali ini Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT), Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Jasin dan Merlimau.

Macam biasa, tugasan diagih, mengemas pokok-pokok sekeliling rumah, potong rumput dan mencantas dahan pokok yang semakin meninggi.

Kali ini kita mengecat bagi lagi cantik rumah pakcik Yaakop, pakcik Yaakop tinggal berdua bersama isterinya, uzur dan semuanya diurus oleh isteri. Tapi yang satu admin perasan kan, dalam rumah pakcik Yaakop bersih dan kemas. Walaupun isterinya dah berusia tapi tetap jaga kebersihan dalam rumah.

Tersenyum lebar pakcik Yaakop bila tengok rumah dah cantik, makin kemas dan dah takda pokok-pokok yang tinggi terbiar.

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, insha Allah ada beberapa pembaikan tambahan akan dipertimbang. Antaranya bumbung yang agak uzur dan bocor bila hujan...yang penting sempat bergambar bersama semua tadi dengan isteri pakcik Yaakop.

Terima kasih semua yang terlibat.

"Ke bukit sama-sama didaki ke lurah sama-sama dituruni."

 

FB: Gotong Royong Rumah Pakcik Yaakop bin Yusop di Kampung Sempang Merlimau

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804809

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.