|

Jejak Lokasi Dan Ziarah Asnaf Mengalami Kebakaran

 tg1

tg2

tg3

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Jumaat barakah ini seperti biasa Agihan Zakat MAIM bersama Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Melaka Tengah jejak lokasi mereka yang memerlukan. Kali ini, kami ziarah asnaf ke rumah makcik Jamilah binti Baba di Kg Bukit Darat, Tg Keling. 
 
Mendapat maklumat rumah makcik Jamilah mengalami kebakaran kecil dan memerlukan pembaikan segera. Kami tinjau, tanya khabar, bagi semangat dan sedikit kata-kata nasihat. Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed dan di iringi Tuan Haji Mohd Dino bin Md Delan bagi kata-kata semangat pada makcik Jamilah.
 
MAIM hadir sampaikan sumbangan kit makanan dan wang tunai, sedikit sebanyak boleh bantu makcik Jamilah. 
 
Terima kasih pembayar zakat. terima kasih pemimpin dan masyarakat Islam di negeri ini yang sentiasa menjadi mata, telinga dan mata-mata kami.
 
Pepatah Melayu ada menyebut :
" Serumpun bak serai, sesusun bak sirih."
 

FB : Jejak Lokasi Dan Ziarah Asnaf Mengalami Kebakaran

 

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804823

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.