|

Kunjung hormat Seksyen Wakaf, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diwakili Ketua Seksyen Wakaf, Puan Joriza binti Jauhari ke Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN)

 kunjung-hormat-seksyen-wakaf-majlis-agama-islam-melaka-maim-diwakili-ketua-seksyen-wakaf-puan-joriza-binti-jauhari-ke-jabatan-pendidikan-negeri-melaka-jpn-2
 
kunjung-hormat-seksyen-wakaf-majlis-agama-islam-melaka-maim-diwakili-ketua-seksyen-wakaf-puan-joriza-binti-jauhari-ke-jabatan-pendidikan-negeri-melaka-jpn-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Kunjung hormat Seksyen Wakaf, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diwakili Ketua Seksyen Wakaf, Puan Joriza binti Jauhari ke Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN).

Pertemuan mesra, santai dan penuh berinfomasi bersama Pengarah JPN, Ybrs. Puan Rosni binti Leman.

Topik utama pastinya perbincangan ringkas untuk memberi galakan tambahan potongan gaji Wakaf Tunai Melaka dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah-sekolah kementerian di negeri ini.

Sebagai makluman bersama MAIM telah melaksanakan sistem potongan gaji untuk mengumpul dana wakaf tunai dengan kadar minima serendah RM2.00. Sangat-sangat minima dan mampu bayar. Potongan gaji juga merupakan satu kaedah berwakaf yang telah diperkenalkan bagi menggalakkan kakitangan lantikan Kerajaan/ Swasta berwakaf secara tunai. Pastinya dana yang dikumpul akan digunakan untuk pelbagai manfaat masyarakat Islam di negeri ini iaitu :

i) Wakaf Pendidikan.
- Mewujudkan infrastruktur asas dan kemudahan pendidikan kepada para pelajar yang menuntut ilmu di Negeri Melaka

ii) Wakaf Masjid
- Pengambilan/ pembelian tanah bagi pelbagai tujuan seperti tapak masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan Islam

iii) Wakaf Perubatan
- Pembelian alat-alat bantu pulih untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.

iv) Wakaf Pembangunan
- Pembangunan/ pembaikan hartanah wakaf untuk maslahat bersama.

Jom semua...tak perlu segan dan malu untuk melaksanakan wakaf tunai ini...Y16 boleh beli...pastinya wakaf tunai juga mampu dimiliki...saham akhirat pahala berpanjangan...aminnn....

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui."

(Surah Al-Baqarah : 261)

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Kunjung hormat Seksyen Wakaf, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diwakili Ketua Seksyen Wakaf, Puan Joriza binti Jauhari ke Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN)

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804897

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.