|

MAIM Menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Lembaga Zakat Selangor (LZS)

 LZS 1

LZS 2

LZS 3

LZS 4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Bahagian Agihan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diketuai Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Zakat Daerah, Ustaz Zainudin bin Johari.

Delegasi disambut mesra Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan bergambar bersama Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Puan Rohaizah binti Abas dan Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Promosi dan Penerbitan MAIM, Puan Arina Saffuraa binti Alim.

Perbincangan dan perkongsian tatacara pengurusan agihan zakat kedua-dua agensi diadakan bersama. Matlamat utama, bantu dan pastikan asnaf mendapat bantuan sewajarnya dan kesinambungan pendidikan anak asnaf diberi keutamaan.

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Skuad Saidina Umar LZS turut menyantuni asnaf di Kampung Tambak Paya bersama Pegawai Zakat Daerah Melaka Tengah, Tuan Hj Dino bin Md Delan.

Semoga segala usaha pengagihan bantuan zakat dapat dilaksana dan dipermudah Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." - Surah al-Taubah: 60.

 

FB: MAIM Menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Lembaga Zakat Selangor (LZS)

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804824

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.