Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri
Hari ini kami di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima kunjungan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka. YB Datuk Rahmad bin Mariman. Bersama dalam pertemuan mesra ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Juga terlibat sama Zakat Melaka (ZM), MAIM Industries Bhd, MAIM Bentara dan MAIM Bentara Security. Pertemuan juga melihat dari sudut tatakelola dan tadbir urus agensi agama Islam bagi memastikan kelancaran pentadbiran dapat dilaksana sebaiknya. Hadir sama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah suka jika salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan teliti." - hadis Riwayat Baihaqi.