|

Majlis Agama Islam Melaka Santuni Mangsa Kebakaran

 

maim kebakaran

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyantuni salah seorang saudara kita iaitu Encik Rafi bin Madon yang telah ditimpa musibah kebakaran rumah pada minggu lepas.

Ziarah kali ini bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Hadir sama ADUN kawasan Serkam, YB Datuk Zaidi bin Attan.

MAIM turut menyampaikan sumbangan wang berupa cek berjumlah RM 25,000.00 kepada Encik Rafi bagi meringankan beban beliau sekeluarga serta urusan lain berkaitan pengurusan rumah baharu dan kehidupan seharian. Banyak pihak sedia membantu Encik Rafi khususnya pembinaan tempat berteduh yang baharu bagi penempatan beliau sekeluarga.

Insha Allah dengan sumbangan MAIM ini dapatlah kiranya membantu Encik Rafi meneruskan kehidupan yang lebih baik bersama keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Al Insyirah ayat 5- 6.

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804895

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.