|

Majlis Graduan Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM) Univerisiti Melaka (UNIMEL)

CONVO 1

CONVO 2

CONVO 3

CONVO 4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Sekalung tahniah kepada 14 orang pelajar saudara muslim yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bergelar graduan Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM) Univerisiti Melaka (UNIMEL). Anugerah sijil SALAM telah disampaikan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rahmad bin Mariman.

Majlis Konvokesyen SALAM ini telah diadakan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi MAIM (KFAK) dan dihadiri seramai 200 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Hadir sama meraikan graduan Naib Cancelor UNIMEL, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Juga disampaikan Anugerah Graduan Terbaik SALAM bagi siri 2 ini kepada Puan Myia Yuznina binti Ayol yang juga merupakan pensyarah bidang kerjuruteraan mekanikal di Politeknik Merlimau. Telah memeluk Islam pada tahun 2008 dan sehingga kini masih aktif menyampaikan dakwah dalam komuniti setempat.

Turut menerima Anugerah Graduan terbaik Salam Puan Noraini @ Nimmie binti Abdullah yang sentiasa juga aktif menimba ilmu dakwah menjadi tenaga pengajar kepada saudara muslim yang lain.

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan yang berjaya. Niat, minat demi Islam demi dakwah demi saudara muslim...insha Allah MAIM bantu dan permudah segala keperluan asnaf khususnya saudara muslim kita yang ingin melanjutkan pengajian.

Kepada semua saudara muslim dan mualaf di negeri ini yang ingin melanjutkan pengajian SALAM, boleh terus hubungi Bahagian Balai Islam MAIM ditalian 06-3372837 untuk keterangan lanjut. Tak kira usia tambahlah ilmu, tambahlah pengetahuan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. - Riwayat Muslim.

 

FB: Majlis Graduan Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM) Univerisiti Melaka (UNIMEL)

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804824

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.