|

Majlis Pernikahan Dan Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka

KAWIN1

KAWIN2

KAWIN3

KAWIN4

KAWIN5

KAWIN7

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah. 
 
Alhamdulillah selesai Majlis Pernikahan & Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka sebentar tadi, anjuran Bahagian Balai Islam MAIM. Seramai 5 pasangan pengantin telah diijabkabul dan dirai di Hotel Puteri Bay, Pantai Puteri.
 
Semua ceria, gembira tak terkata. Lagi-lagi, pasangan pengantin dan keluarga dapat bersama menikmati majlis persandingan. 
 
Terima kasih kepada Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Tuan Rosli bin Abdullah sudi merasmikan majlis. Turut menyampaikan cenderahati kepada setiap pasangan pengantin. Sama-sama merai dan jadi bapa pengantin hari ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Pegawai Khas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
 
Sama-sama kita doakan pasangan pengantin hidup bahagia hingga ke syurga, jaga akidah pasangan. Bak kata pepatah orang-orang tua..."Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin."
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki."  Riwayat al-Baihaqi, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat.
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804813

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.