|

Menyantuni Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka

 
Menyantuni Kakitangan Majlis Agama Islam Melaka
 
Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
3 Mei April 2021 (Isnin)
 
Santuni kakitangan MAIM yang telah bersara dan meninggal dunia di bulan yang mulia ini. Bersama meluangkan masa dalam program Ziarah Jasamu Dikenang ini Penolong Setiausaha Bahagian Pentadbiran MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff. Bertanya khabar, bertukar-tukar cerita dan kisah sepanjang berkhidmat di MAIM, pastinya menggamit memori serta kenangan yang tidak akan dilupakan.
 
Pesara yang kami ziarahi hari ini :
i) Tuan Haji Abd Rahim bin Mokhtar
ii) Puan Hajjah Nor Afidah Doreen
iii) Puan Hajjah Rahana binti Md Yunus
iv) Puan Hajjah Fuziah binti Jaafar
 
Yang pasti, kami sentiasa mendoakan mereka diberikan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan keceriaan bersama keluarga yang tercinta.
Tiada yang lama, maka takkan adalah yang baru. Terima kasih atas segala jasa dan keringat selama ini. Semoga Allah S.W.T membalas segalanya dengan Syurga Firdaus...
Ingatlah semua, kita jaga kita...
 
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." Surah al-Nisa’ (1)
 
Oleh : Erwin bin Abu Hasan
(This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
& Ahmad Fadhli bin Jamaludin
(This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804895

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.