|

Menziarah Puan Zaidayu binti Isnin Asnaf Yang Menghidap Penyakit Sakit Kanser Payudara

6 juli 1

6 juli 4

6 juli 5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

"Saya kena kuat demi anak-anak. Kalau saya tak kuat anak-anak saya akan jatuh semangat mereka." mendalam luahan hati asnaf MAIM, Puan Zaidayu binti Isnin membuatkan kami sangat tersentuh dengan semangat dan cekalnya hati Puan Zaidayu membesarkan anak-anak.

Sakit kanser payudara yang dialami sejak sekian lama tidak mematahkan niat dan kekuatan diri melihat anak-anak berjaya, diceraikan suami dalam keadaan sakit, menanggung anak-anak yang masih bersekolah. Allahu Akbar, kuat sungguh semangat dan kesabaran Puan Zaidayu menerima ujian ini.

Masih mendapatkan rawatan kimoterapi dihospital, hanya dengan menaiki motosikal tak terbayang betapa cekal hatinya untuk kembali sihat demi anak-anak tercinta.

Kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) sentiasa mendoakan kesihatan Puan Zaidayu kembali sihat seperti dulu dan MAIM juga telah membantu keluarganya khususnya bantuan bulanan dan persekolahan anak-anak khususnya kos rawatan penyakit kanser.

Kami ziarah bukan untuk mengganggu tapi untuk melihat dengan lebih dekat keadaan kesihatan dan keluarga asnaf kita. Makan minum pakai dan persekolahan anak-anak mereka kita sentiasa ambil perhatian sewajarnya.

Alhamdulillah semalam juga kita dapat menyantuni 10 keluarga asnaf di DUN Bukit Katil. Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis turut bersama dalam ziarah kali ini.

Sumbangan bantuan kit makanan, wang tunai dan lampin pakai buang alhamdulillah semua kita sediakan, insha Allah mana-mana bantuan lain yang diperlukan kita akan pertimbang segera.

Tak orang, tak kita.

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup hari-hari.

 

FB: Menziarah Puan Zaidayu binti Isnin Asnaf Yang Menghidap Penyakit Sakit Kanser Payudara

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804816

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.