Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.
Alhamdulillah Mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bilik Mesyuarat MMKN di Seri Negeri hari ini telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md Ali merangkap Pengerusi MAIM.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi bin Johari dan Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil.
Syiar dan syariat Islam diperkukuh demi maslahat bersama umat Islam negeri Melaka.