|

Pemberian Tablet kepada Rumah Anak Yatim KAYFAZ

 
penyerahan tabletkayfaz
 
 
Sebentar tadi berlangsungnya majlis ringkas serahan 25 unit tablet kepada pengurusan dan penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Al Zahra (KAYFAZ) MAIM.
Disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustazah Shakina binti Mohd Said kepada wakil pengurusan KAYFAZ.
 
Tidak lain tidak bukan tablet berkenaan boleh dimanfaatkan oleh penghuni KAYFAZ dalam mengikuti pembelajaran dan pelajaran dari rumah secara digital terutama dalam musim-musim covid ini.
 
Bukan apa, sekarang ini semuanya dihujung jari dan internet boleh diakses dimana-mana sahaja kita berada.
Perkara baik dimanfaatkan pastinya cantik dan baiklah hasilnya.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.
Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana." - Surah al-Baqarah, ayat 220.
 
 
Oleh : Erwin bin Abu Hasan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
& Ahmad Fadhli bin Jamaludin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804814

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.