Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya.
28 April 2021 (Rabu)
16 Ramadhan 1442H
Edaran bubur lambuk oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) anjuran bersama Seksyen Pembangunan Insan MAIM dan Badan Sukarelawan Al Taqwa (BSAT) MAIM di beberapa lokasi antaranya Pejabat Agihan Zakat Daerah Melaka Tengah dan Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka. Dapat dimanfaatkan nikmat berbuka puasa dengan sumbangan bubur lambuk ini di bulan yang mulia ini. Sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T. di sepanjang bulan yang mulia ini.
Ingat, kita kekal patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita jaga kita...
ALLAH SWT Berfirman : “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya serta untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.†(Surah at-Taubah : 60)