|

Santuni Anak Kecil Yang Menghidap Penyakit Jantung

IJN3

IJN1

IJN2

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Bersama ADUN Telok Mas, YB Datuk Abd Razak bin Abd Rahman, Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah santuni seorang anak kecil, adik Aryan Mikhail bin Muhammad Fuad di Kg. Ujong Pasir hari ini.
 
Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed juga turut sama bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan adik Aryan yang kini menghidap penyakit jantung khususnya di bahagian injap dan memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).
 
Disahkan juga adik Aryan, menghidap penyakit di bahagian hempedu dan memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi. Kami sampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan, akan disusuli dengan bantuan am perubatan khususnya berkaitan kos rawatan yang diperlukan. Doakan adik Aryan selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Ziarahlah dengan berganti hari, nescaya ia akan menambah kasih sayang.” - Hadis riwayat Al-Bazar dan Baihaki.
 
 

FB : Santuni Anak Kecil yang Menghidap Penyakit Jantung

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 29 October 2024, 23:56:59.

Total Visitors

003807912

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.