|

Saudara Muslim kita kerana menerima sebuah rumah baharu yang telah di rasmikan oleh Ketua Menteri

 saudara-muslim-kita-kerana-menerima-sebuah-rumah-baharu-yang-telah-di-rasmikan-oleh-ketua-menteri-1
 
saudara-muslim-kita-kerana-menerima-sebuah-rumah-baharu-yang-telah-di-rasmikan-oleh-ketua-menteri-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah ceria dan gembira pakcik Johari bin Sudah yang juga Saudara Muslim kita kerana menerima sebuah rumah baharu yang telah di rasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali di Kamlung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah petang tadi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan ADUN Taboh Naning, YB Tuan Zulkiflee bin Mohd Zin.

Rumah seluas 300 kaki persegi itu disiapkan dalam tempoh beberapa bulan dengan jumlah peruntukan RM 30,000.00 yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ruang tamu yang selesa, sebuah bilik tidur dan bilik air dan ruang beranda yang disediakan mampu memberi keselesaan kepada pakcik Johari yang masih bujang....bak kata orang, tidur lena lagi-lagi sekarang ni musim hujan dan cuaca ala-ala New Zealand...

Pastinya objektif utama kami di MAIM khususnya Balai Islam MAIM akan sentiasa memastikan kebajikan asnaf muallaf @ saudara muslim di negeri ini dijaga dan disantuni sekerapnya.

Mungkin pada kita rumah ini tidak sebesar banglo mewah atau resort tepi gunung Daik...tapi insha Allah ianya cukup untuk memberi perlindungan dari panas dan hujan pada pakcik Johari...selesa untuk beribadah...

Jutaan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat di negeri ini...amanah anda tanggungjawab kami...

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah Al-Taubah ayat - 60.

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Saudara Muslim kita kerana menerima sebuah rumah baharu yang telah di rasmikan oleh Ketua Menteri

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804895

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.