|

SAZ Cawangan Jasin Meluang Masa Menyantuni Asnaf di DUN Asahan

 10dun1

10dun2

10dun3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Mingu ini kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Jasin meluang masa menyantuni asnaf di DUN Asahan. 10 keluarga asnaf kita kunjungi bertanya khabar dan memastikan kebajikan mereka terjaga dan mendapat perhatian sewajarnya. 

Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad hadir melihat dengan lebih dekat keadaan kesihatan dan kebajikan asnaf kita. Ada antara mereka diuji dengan kesihatan yang meruncing. Kesihatan yang kronik. Alhamdulillah MAIM diberi amanah dan kesempatan membantu mereka.

Yang mana terkurang perlukan bantuan tambahan kita SAZ MAIM akan nilai dan pertimbang sebaiknya.

Sebahagian asnaf kita hari ini pada asasnya menerima bantuan berbentuk makanan bulanan (BMB), bantuan sakit terlantar (BST), bantuan sakit kronik (BSK), bantuan anak sekolah (BAS) dan bantuan persediaan Ramadan dan bantuan Hari Raya Aidilfitri. Juga ada yang menerima bantuan alat bantu pulih antaranya lampin pakai buang dan kerusi roda.

Syukur dapat bantu mereka, ringan beban dan senyuman terima kasih itu yang mahal bagi kami. Jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat negeri Melaka, sangat-sangat menghargai kewajipan anda semua.

Sabda Rasulullah SAW :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.” - Riwayat al-Bukhari.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB:  SAZ Cawangan Jasin Meluang Masa Menyantuni Asnaf di DUN Asahan

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003805285

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.