|

SAZ Cawangan Masjid Tanah bersama ADUN Durian Tunggal, Menyantuni Adik Muhammad Rizq Aryan

 KESIAN 1

KESIAN 2

KESIAN 3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah bersama ADUN Durian Tunggal, YB Zahari bin Abd Kalil menyantuni adik Muhammad Rizq Aryan bin Muhammad Rafiq Al Matin berusia 3 tahun yang kini terlantar kerana terjatuh ketika bermain bersama adik-beradik di rumah. Kini disahkan menghadapi masalah saraf tunjang di otak rosak akibat kejadian itu. Juga disahkan menghadapi masalah pendengaran dan buta kedua-dua mata.

Besar sungguh ujian dan dugaan adik Rizq Ryan ini. Mampu mendoakan adik segera sembuh dan ceria seperti anak-anak kecil yang lain. Adik Ryan juga masih mendapatkan rawatan susulan daripada doktor di Hospital Melaka.

Kami santuni dan melihat beberapa bantuan yang wajar dibantu untuk adik Ryan. Bantuan awal yang kami sampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan. Kita doakan bersama keluarga adik Ryan sentiasa sabar dan tabah dengan segala ujian yang mereka alami.

Sabda Rasulullah SAW : "Tiada seorang Mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati walaupun terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh ALLAH SWT." - hadis Riwayat Muslim.

 

FB: SAZ Cawangan Masjid Tanah bersama ADUN Durian Tunggal, Menyantuni Adik Muhammad Rizq Aryan

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003804816

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.