|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Jasin Santuni Aasnaf dan Mereka yang Memerlukan

pe1

pe2

pe3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Tahun baru azam dan semangat semakin baru dan laju, perkongsian Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Jasin minggu ini tidak lain tidak bukan santuni asnaf dan mereka yang memerlukan.

Kali ni bersama Pegawai Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed. Turut sama ziarah kali ni ADUN Asahan, YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan.

Menyampaikan cek kepada Imam Haji Azmi bin Abd Karim bagi pembelian peralatan bagi baik pulih bumbung rumah yang telah rosak dan bocor.  Juga santuni asnaf Makcik Salmah binti Mohamad dan Puan Siti Fatimah binti A. Ghani dengan menerima sumbangan wang tunai. 

Dan sempat menjenguk kebun tanaman pengaga yang diusahakan oleh Encik Muhammad Hasrul bin Hasan yang juga merupakan bekas penerima bantuan kami (asnaf) yang kini telah berjaya menjadi petani sepenuh masa dan mampu menampung kehidupan seharian hasil jualan tanaman. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha serta komited pada kerjaya sebagai petani moden.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." - Surah al-Isra', ayat 7.

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Friday 06 September 2024, 08:11:27.

Total Visitors

003789614

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.