|

Skuad Agihan Zakat (SAZ) Cawangan Masjid Tanah Santuni Mangsa Ribut Di DUN Tanjong Bidara

 

 

sazag magsaribut

 

Skuad Agihan Zakat (SAZ) Cawangan Masjid Tanah santuni mangsa ribut di DUN Tanjong Bidara.

ADUN kawasan, YB Datuk Seri Abd Rauf bin Yusoh turut sama meluangkan masa sampaikan sumbangan kepada mangsa yang hadir. Juga turut hadir Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Pegawai Zakat Daerah Alor Gajah, Puan Siti Nadira binti Ismail.

Antara kesan kemusnahan yang dialami seperti bumbung dan struktur rumah rosak, ternakan mati dan juga kemusnahan tanaman sayuran. Keprihatinan MAIM menyediakan sumbangan berbentuk wang tunai kepada semua mangsa...insha Allah dapat meringankan beban mereka...

Kepada semua mangsa semoga semua tabah dan sabar menghadapi ujian ini...kerana di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya...aminn...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya". (Hadis Riwayat Ahmad)

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Friday 27 December 2024, 08:26:59.

Total Visitors

003830701

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.