|

Skuad Al-Taqwa MAIM Santuni Asnaf

 

 

mesin oksigen

 

 

Skuad Al-Taqwa MAIM menyantuni asnaf dan mereka yang memerlukan.

Lokasi pertama menziarahi pakcik Khamis bin Yaacob di Kampung Pantai Puteri Di Tanjung Kling. Disampaikan katil boleh laras dan kerusi roda untuk kemudahan pakcik Khamis. Untuk makluman, pakcik Khamis ketika ini menghidap angin ahmar yang serius dan masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

Seterusnya skuad ke Felda Bukit Sedanan di Selandar bagi menyantuni pakcik Jusoh bin Ismail yang kini menghidap penyakit asma kronik. Selain itu juga disampaikan sebuah mesin dan tong oksigen untuk kegunaan harian pakcik Jusoh. Harapan semoga pakcik Khamis dan pakcik Jusoh kembali sihat walafiat insha Allah...

Mungkin sumbangan kami ini tidak seberapa, namun doakan kami untuk terus istiqamah dan dapat menyantuni dan membantu semua asnaf dan mereka yang memerlukan di negeri Melaka tercinta ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” -Surah Ali ‘Imran - ayat 85.

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Friday 27 December 2024, 08:26:59.

Total Visitors

003830503

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.