|

Sumbangan 300 Kit Makanan Dan Wang Tunai Kepada Pesakit di Hospital Melaka

hospital

hospital1

hospital2

 

Assalamualaikum dan Salam Ramadan
 
Alhamdulillah menyampaikan sumbangan 300 kit makanan dan wang tunai kepada pesakit di Hospital Melaka bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Sama meraikan Pengurus Baitulmal MAIM, Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Kita raikan Ramadan ini bersama mereka dan doakan mereka kembali sihat dan mendapat keampunan Allah SWT. Terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan Hospital Melaka membantu melancarkan lagi program Sumbangan Infaq Ramadan MAIM tahun ini. Doakan mereka kembali sihat dan dapat menyambut Ramadan dan Syawal yang akan datang bersama keluarga tercinta.
 
Rasulullah SAW bersabda: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” - Riwayat Muslim.
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 26 December 2024, 08:12:08.

Total Visitors

003830021

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.