|

Ziarah Asnaf di DUN Kuala Linggi bersama ADUN Kawasan dan Pegawai Tugas Khas MAIM

 3 sep 1

3 sep 3

3 sep 2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai hari ini ziarah asnaf di DUN Kuala Linggi. kali ini kita turun bersama ADUN kawasan, YB Datuk Rosli bin Abdullah dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.

10 buah rumah dan keluarga asnaf kami ziarah. kita tanya khabar, sampaikan sumbangan. Asnaf yang menghidap penyakit kronik kita akan pastikan bantuan dibantu mengikut skim yang ada, kita juga nak pastikan kehidupan mereka khususnya anak-anak mendapat skim bantuan pendidikan yang lebih baik.

Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) turut sama hadir melihat keperluan bantuan yang boleh disediakan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama hadir melihat bantuan kewangan yang layak disediakan. Bersama-sama memastikan keperluan asnaf di DUN ini sentiasa menjadi keutamaan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” - Surah Al-Mulk : ayat 2.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB:  Ziarah Asnaf di DUN Kuala Linggi bersama ADUN Kawasan dan Pegawai Tugas Khas MAIM

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003805278

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.