TUAN SHAIFULFAZLEE BIN MOHAMAD
Setiausaha
Majlis Agama Islam Melaka
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah SWT kerana taufiq dan izinNya Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam Melaka dapat dilancarkan dengan sempurna. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa yang telah berusaha dalam menyempurnakan laman web ini dengan objektif utama untuk menyalurkan informasi Pengurusan Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka melalui media elektronik.
Saya amat menaruh harapan dengan penampilan versi terbaru ini menampilkan wajah lebih segar dan ciri-ciri yang lebih mesra pelanggan dan diharapkan mencapai objektif sebagai satu medium pusat rujukan masyarakat untuk lebih mengenali peranan dan fungsi Majlis Agama Islam Melaka terutamanya di dalam pengurusan pentabiran Baitulmal Negeri Melaka di samping itu laman ini diharapkan dapat menyalurkan pelbagai informasi mengenai urusan dan aktiviti Zakat, Wakaf dan Baitulmal serta memahami segala prosedur kerja yang telah digariskan oleh pengurusan Majlis Agama Islam Melaka.
Selaras dengan Melaka Maju, kemajuan teknologi ICT amatlah perlu dititik beratkan di mana segala informasi yang disediakan perlulah tepat dan mudah difahami masyarakat dan menaik taraf system penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Majlis Agama Islam Melaka.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya kepada pengunjung laman web ini dapat menjadikan informasi yang diperolehi sebagai satu sumber maklumat yang berguna dan dikongsikan bersama dalam menaikkan imej Pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka dan seterusnya memartabatkan Agama Islam sebagai satu Agama yang mulia di mata masyarakat dan dunia.
Sekian, wassalam.