

PENGENALAN
Penubuhan Unit Integriti Majlis Agama Islam Melaka adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dan Mesyuarat MAIM Bil. 1/2022 bertarikh 11 April 2022 yang bertanggungjawab dalam mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif serta tindakan berdasarkan 6 fungsi utama iaitu Tadbir urus, Pengurusan Aduan, Pengukuhan Integriti, Pematuhan, Pengesanan dan Pengesahan serta Tatatertib.
VISI
Menjadikan MAIM sebagai sebuah organisasi yang berintegriti, berakhlak dan amanah berlandaskan syariat Islam.
MISI
Membudayakan nilai integriti dan tadbir urus yang baik di kalangan warga MAIM dan masyarakat Islam negeri Melaka.
OBJEKTIF
1. Memantapkan urusan berkaitan integriti dan tadbir urus di peringkat jabatan.
2. Memastikan elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dalam organisasi dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
3. Membangunkan warga MAIM yang berintegriti, berhikmah dan professional.
SLOGAN

SALURAN ADUAN INTEGRITI MAIM

- Buku Malaysian Standard Anti-Bribery Management System
- Prosedur Pengurusan Aduan Integriti MAIM
- Bribery Risk Assessment (BRA) MAIM
- Garis Panduan Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Kakitangan MAIM
- Manual Kualiti MS ISO 37001 : 2016 ABMS MAIM
- Polisi Anti Rasuah MAIM
- Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah MAIM
- Kod Etika dan Tatakelakuan MAIM
- Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023
- Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing)