Carta Organisasi - Agensi
Carta Organisasi - Bahagian
Carta Fungsi
Aktiviti-aktiviti bagi Fungsi
UNIT TEKNIKAL
- Terlibat dalam penyediaan tapak tanah MAIM untuk pembinaan masjid dan surau
- Menyelaraskan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA)
- Menyelaras, memantau pelaksanaan projek yang sedang berjalan dan melapor perkembangan kepada pengurusan MAIM.
- Menginsuran, menyelenggara dan membaiki segala bangunan di bawah MAIM.
- Menyemak semua dokumen / menulis memo kepada akauntan untuk pembayaran kepada kontraktor sebelum dihantar ke bahagian kewangan.
- Menyediakan laporan bergambar segala aktiviti unit Tekanikal seperti penyelenggaraan, pembaikan, mesyuarat dan lawatan tapak.
UNIT PELABURAN DAN SEWAAN
- Mencari cabang-cabang pelaburan yang baru untuk menambah pendapatan MAIM
- Menguruskan promosi / hebahan berkenaan kekosongan hartanah milik MAIM
- Menguruskan permohonan sewaan yang baru sehingga selesai
- Menguruskan penyambungan sewaan bagi penyewa sedia ada sehingga selesai
- Membuat pemantauan keadaan hartanah-hartanah milik MAIM
- Menguruskan pengosongan hartanah milik MAIM daripada penyewa lama
- Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat berkaitan skop kerja Unit Pelaburan dan Sewaan
- Menguruskan urusan kutipan hasil penyewaan hartanah MAIM
- Mengesahkan maklumat penyewa baru yang meyewa/memajak hartanah MAIM
- Mengesahkan maklumat penyewa sedia yang berjaya menyambung tempoh sewaan/pajakan hartanah MAIM
- Mengeluarkan tuntutan bayaran sewa/pajakan (tax invois) terhadap penyewa aktif hartanah MAIM pada minggu ke 4 setiap bulan
- Mengeluarkan notis tunggakan bayaran sewa pada minggu ke 3 setiap bulan kepada penyewa yang gagal membayar sewa hartanah pada 7 hb setiap bulan.
- Memantau dan membuat siasatan dilapangan terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewaan berdasarkan notis yang dikeluarkan
- Menerima aduan kerosakan premis daripada penyewa untuk tindakan unit teknikal.
- Mengemaskini maklumat terimaan harian hasil sewa/pajakan secara manual mahupun sistem sewaan.
- Menyediakan pelarasan akaun bagi menyelaraskan perubahan yang berkaitan dengan sewaan/pajakan MAIM
- Membantu Unit Undang-Undang untuk memproses kes tunggakan yang akan dibawa ke peringkat Mahkamah.
- Menyelenggara fail-fail berkaitan sewaan/pajakan Hartanah MAIM.
- Menyelenggara Sistem Sewaan MAIM.