Polisi E-Penyertaan
Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Korporat Majlis Agama Islam Melaka :
- Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara perkara berikut :-
Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Korporat Majlis Agama Islam Melaka .
Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi. - Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
- Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
- Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.
- Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.
Suara Anda
BIL | PENGGUNA | PENDAPAT/CADANGAN/PERTANYAAN/ADUAN | MAKLUMBALAS/TINDAKAN |
1 | NORAHAYU BINTI SALEH | KATEGORI : ADUAN
Saya seperti nama di atas, ingin mengadu sistem penyerahan borang bantuan makanan hilang dalam simpanan pihak MAIM. Setelah saya mengisi borang sambungan untuk sambungan bantuan. Saya telah mengisi borang sambungan pada bulan April dan serahkan kepada pihak MAIM. Hari ini saya datang untuk tanyakan kelulusan bantuan. Pihak Staff tidak update apa-apa maklumat permohonan samada pada buku log serahan borang. Mahupun dalam sistem computer pihak MAIM. Perkara ini berlaku setiap kali saya hendak renew permohonan. Diharap di masa akan datang tidak lagi berulang. Staff yang bertanggungjawab sila beri tindakan sewajarnya. |
Agihan Zakat telah mengeluarkan slip terima untuk diserahkan kepada pelanggan yang menghantar borang di hantar sebagai tindakan penambahbaikan. |
2 | SALBIAH BINTI ABDULLAH | KATEGORI : BUKAN ADUAN-PERMOHONAN
POHON BANTUAN BERKAITAN BAGI MANGSA KANSER TAHAP EMPAT |
Berhubungan dengan maklumat yang diberikan, pihak MAIM mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana prihatin tentang masyarakat setempat. Sehubungan itu, pihak MAIM akan menjalankan ziarah @ jejak asnaf kepada penama tersebut dalam masa terdekat dan menghulurkan bantuan sewajarnya jika pengadu tersebut memenuhi syarat kelayakan hadhul kifayah asnaf zakat negeri Melaka. |
3 | NURUL NABIHAH BINTI SALLEH | KATEGORI : PERTANYAAN
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan persekolahan ? |
Bantuan persekolahan boleh dipohon dengan menggunakan borang persekolahan MAIM |
4 | DOLLAH BIN JANTAN | KATEGORI : PERTANYAAN
Sekiranya saya mempunyai tanah untuk diwakafkan, apakah cara-cara yang perlu saya lakukan ? |
Sesuatu perwakafan itu bergantung kepada sesuatu justifikasi, oleh itu pihak tuan/puan perlulah merujuk dahulu kepada pegawai wakaf yang berkenaan untuk melakukan sesuatu perwakafan. |
5 | MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH | KATEGORI : PERTANYAAN
Saya merupakan seorang muallaf yang baru saja memeluk islam, dimanakah tempat untuk saya mendalami islam? |
Sekirannya tuan/puan merupakan seorang muallaf tuan/puan boleh terus mendapatkan bimbingan di Balai Islam, Jalan Kesidang, Taman Kesidang Sek 2, Melaka. No Telefon : 06-3372873. Pihak kami juga akan berterusan membantu tuan/puan sekiranya tuan/puan berdaftar dengan BALAI ISLAM. |