
Seseorang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya iaitu untuk menampung keperluan makan pakaian, dan tempat tinggal.
CONTOHNYA : orang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari, tetapi hanya mampu memperoleh tiga atau empat ringgit sahaja sehari.
Orang yang tidak mempunyai harta atau hasil pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya tetapi tidak mencukupi kadar keperluan asasnya yang secukupnya.
CONTOHNYA : orang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari, tetapi hanya mampu memperoleh tujuh atau lapan ringgit sahaja sehari.
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya.
Atau
Mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau terhalangnya niat jahat mereka atas kaum Muslimin, atau harapan akan adanya kemanfataan mereka dalam membela dan menolong kaum Muslimin dari musuh.
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
Dari sudut bahasa :
Gharimun adalah berbentuk jamak [dalam bahasa arab] dari kata asasnya ghaarim yang bermaksud orang yang mempunyai hutang. Manakala gahriim pula bermaksud orang yang berhutang dan ia juga kadangkala diertikan sebagai orang yang mempunyai pemiutang. Adapun asal makna bagi perkataan gharm menurut bahasa adalah tetap/kekal.
Dari sudut istilah :
Mereka yang tetap padanya sesuatu hutang atau mempunyai pemiutang pada dirinya secara tetap/kekal.
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
GOLONGAN ASNAF GHARIMIN :
- Orang yang mempunyai hutang untuk kemaslahatan dirinya sendiri
- Orang yang mempunyai hutang untuk kemaslahatan masyarakat
Ibnu Sabil menurut Jumhur Ulama adalah kiasan untuk musafir iaitu orang yang bergerak/pindah dari satu tempat/daerah ke satu daerah yang lain. Ia juga mudah difahami sebagai orang yang terputus bekalan [perbelanjaan] semasa perjalanan [safar] dan orang yang hendak memulakan perjalanan [safar] yang diharuskan oleh syarak.
Adapun, hikmah pensyariaatan zakat ke atas golongan Ibn Sabil ini adalah bagi memelihara hak-hak tujuan permusafiran yang berikut:
- Perjalanan/musafir yang diperintahkan Islam untuk mencari rezeki;
- Perjalanan/musafir yang disuruh Islam untuk mencari ilmu, melihat dan merenung kekuasaan Allah;
- Perjalanan/musafir untuk berperang/jihad fi sabilillah;
- Perjalanan/musafir untuk melaksanakan ibadah haji; dan
- Lain-lain tujuan musafir yang tidak bercanggahan dengan maksud syarak.
Perkhidmatan
- Agihan Zakat
- Pembangunan Insan
- MAL
- Serahan Wang Orang Berhutang
- Tebus/Belian Bahagian Baitulmal
- Serahan Wang Tidak Patuh Syariah
- Khidmat Nasihat Pusaka/Faraid
- Tabung Amal Jariah Negeri Melaka
- Permohonan Pengalihan Kubur Lama
- Kiraan dan Agihan Fidyah
- Kebenaran Pungutan Khairat/Saham Wakaf
- Serahan Harta Luqatah
- Penandaan Arah Kiblat
- Kiraan dan Agihan Kaffarah
- Sewaan Harta Baitulmal
- Wakaf
- Balai Islam
- Wisma Mesir
- Pembangunan Hartanah



