|

Wisma Seri Melaka

Image

Tujuan penubuhan  Wisma Seri Melaka dan Wisma Melaka Mesir adalah untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar tajaan Melaka dan persendirian anak Melaka yang menuntut di Mesir dengan kadar sewaan yang minima.

Wisma Seri Melaka dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang kesembilan  pada 28 Disember 2010 . Wisma Seri Melaka terletak di No.28, Musa El Kazeem Street 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt. Wisma Seri Melaka mempunyai ketinggian 8 tingkat.

Pejabat Atas Pendidikan Melaka Mesir serta kafe berada di aras bawah. Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir berfungsi sebagai pejabat utama bagi pelajar berhubung dengan Atase Pendidikan Melaka Mesir.  Pejabat Atase Pendidiakn Melaka menguruskan pentadbiran di Wisma Seri Melaka dan Wisma Melaka Mesir. Atase Pendidikan Melaka berperanan dalam menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar Melaka di Mesir. Menguruskan hal berkaitan pinjaman/dermasiswa pelajar. Serta wakil kepada Kerajaan Negeri Melaka di Mesir.

Bagi unit kediaman bermula dari aras 1 sehingga 7. Aras 1 adalah kediaman Atase Pendidikan Melaka. Manakala aras 7 adalah unit apartment untuk tetamu. Unit kediaman pelajar bermula dari aras 2 sehingga 6, terdapat 2 unit apartment dari aras 2 sehingga 7.   Pada aras 8 terdapat dewan serbaguna yang boleh memuatkan 60 orang pada satu masa. Surau Wisma Seri Melaka terletak di ruang bawah tanah.

60 orang pelajar Melaka sahaja boleh ditempatkan di Wisma Seri Melaka dengan suasana yang kondusif buat pelajar Melaka.

Bangunan Wisma Seri Melaka
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003727664

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN