|

Rumah Anak Yatim MAIM

Image

Majlis Agama Islam Melaka telah menyalurkan bantuan kewangan  kepada 5 buah rumah anak yatim di negeri  Melaka. Dua daripadanya dikawal selia penuh oleh Majlis Agama Islam Melaka dan manakala bakinya  bergerak dibawah jawatankuasa yang diwujudkan. Sejumlah RM 1.2 juta dibelanjakan setiap tahun melalui peruntukan zakat dibawah asnaf fisabilillah bagi tujuan pengurusan rumah anak yatim tersebut.

Syarat-syarat bagi kemasukan ke rumah anak yatim MAIM adalah :-

SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PELAJAR KAYFAZ DAN RAYSS
a. Anak Kelahiran Negeri Melaka atau kelahiran negeri lain tetapi penjaga telah bermastautin / berasal dari negeri Melaka.
  • Sila lampirkan bersama salinan Sijil Kelahiran / pengesahan bermastautin
b. Warganegara Malaysia.
c. Anak Yatim/Miskin (Kematian Bapa).
  • Sila lampirkan Salinan Sijil Kematian.
d. Anak Tidak Sah Taraf Dikategorikan Sebagai Anak Yatim / Miskin.
e. Pendapatan Penjaga Bawah RM 1,000.00 Sebulan.
  • Bagi penjaga berpendapatan lebih RM1,000.00, permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan faktor tanggungan / keselamatan pelajar.
f. Pelajar Berusia 8 hingga 13 tahun pada tahun kemasukan.
g. Penempatan pelajar :
  • RAYSS (Pantai Puteri) – Penempatan pelajar lelaki.
  • KAYFAZ (Bukit Katil) – Penempatan pelajar perempuan.
h. Anak-Anak Mangsa Penceraian Atau Kematian Ibu Dikategorikan Sebagai Miskin.
i. Pelajar Sihat Fizikal Dan Mental.
  • Tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
j. Pelajar Masih Bersekolah.
k. Pelajar Sanggup Tinggal Di Asrama Sepenuh Masa Dan Mengikut Peraturan Yang Telah Ditetapkan. l. Pelajar Tidak Mempunyai Rekod Jenayah Juvana.
m. Permohonan Bagi Anak Yatim Hanya dua (2) Orang Bagi Setiap Keluarga. n. Permohonan Bagi Anak Keluarga Bermasalah / Miskin Hanya satu (1) Orang Bagi Setiap Keluarga ATAU Mengikut Kelulusan dan Budi Bicara Panell Temuduga.
o. Pengambilan Bagi Penghuni Asrama TIDAK Melebihi Kuota Yang Telah Ditetapkan Iaitu 80% anak yatim dan 20% anak keluarga bermasalah / miskin.  

Dua (2) buah rumah anak yatim yang dikendalikan sepenuhnya oleh MAIM di bawah Bahagian Pembangunan Insan iaitu :-

Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSS)

  • Penempatan bagi pelajar lelaki
  • Maklumat untuk dihubungi :-
    • Nama Pengurus : En. Nalilul Hafiz bin Ibrahim
    • AlamaT : KM 17 Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Melaka
    • No. Telefon : 06-351 3106
    • No. Whatsapp: 011-58972231
  • Kapasiti penghuni boleh memuatkan sehingga seramai 100 orang pelajar dalam satu masa.

Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)

  • Penempatan bagi pelajar perempuan
  • Maklumat untuk dihubungi :-
    • Alamat: Lot 1120, Jalan Tebing Tinggi, 75450 Bukit Katil, Melaka
    • No. Telefon:  06-267 2753
  • Kapasiti penghuni boleh memuatkan sehingga seramai 80 orang pelajar dalam satu masa.

KEMUDAHAN / BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Kemudahan penginapan asrama yang selesa dan selamat
  • Dorm (4 hingga 8 orang)
  • Locker untuk setiap pelajar
  • Tandas yang bersih dan selesa
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728140

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN