|

Wakaf Tunai Masjid, Surau dan Madrasah

Image

Apakah itu Wakaf Tunai Masjid, Surau dan Madrasah?

Wakaf masjid, surau dan madrasah ini bertujuan untuk :

  • pengambilan/pembelian tanah bagi pelbagai tujuan seperti tapak masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan Islam
  • membantu menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada umat Islam di seluruh Negeri Melaka
  • pewujudan wakaf-wakaf baharu dan juga penambahbaikan prasarana wakaf sedia ada

Terdapat keperluan untuk pengambilan/pembelian tanah bagi tapak masjid baru Klebang Besar dan Masjid Kampung Pegoh yang melibatkan kos :

i) Masjid Baru Klebang Besar (Keluasan 3 Ekar) 

  • Sasaran Kutipan : RM 3,397,680.00 (Nilaian Tahun 2020)
  • Kutipan Terkumpul Setakat 27 April 2021 : RM 1,288,687.33

ii) Masjid Kampung Pegoh (Keluasan 9000 kaki persegi)

  • Sasaran Kutipan : RM 125,000.00 (Nilaian Tahun 2017)
  • Kutipan Terkumpul Setakat 12 April 2021 : RM 125,448.00

Sumbangan wakaf yang diterima akan digunakan untuk membantu kariah bagi menampung kos tanah sebelum tapak tersebut dimanfaatkan untuk pembinaan masjid, surau, sekolah agama atau tanah perkuburan Islam.

Cara Berwakaf

Anda boleh membuat pembayaran terus ke MAIM melalui kaedah seperti berikut :

  1. Akaun bank MAIM secara bank transfer menerusi perbankan Internet, atau
  2. bank transfer di mesin ATM, atau
  3. secara deposit tunai di mesin deposit tunai (CDM).

Selepas anda selesai membuat pembayaran, sila e-mel butiran lengkap pembayaran anda ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk membolehkan kami memproses bayaran anda seperti :

Nama :
No Kad Pengenalan:
No Telefon :
Alamat :

Maklumat Bank :

Nama Akaun : Saham Wakaf
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 0401 5010 0174 34

Selain daripada itu, anda juga boleh untuk melayari portal MelakaPay di https://melakapay.melaka.gov.my/ untuk pembayaran secara online. 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 19 Mac 2024, 07:42:46.

Jumlah Pelawat

003713557

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN