|

Kiraan dan Agihan Kaffarah

Image

Definisi :

Merupakan sebagai satu tindakan yang boleh menghapuskan dosa sama ada dengan membebaskan hamba, bersedekah atau berpuasa dengan syarat-syarat tertentu. 

Hukum Membayar Kaffarah

Kaffarah adalah satu bentuk hukuman yang ditentukan oleh Allah SWT terhadap mereka yang melakukan sesuatu kesalahan tertentu sama ada yang dilarang secara mutlak oleh Allah SWT atau melanggar sesuatu kewajipan yang dibuat dengan pilihan sendiri.

Maka segala bentuk kesalahan yang melibatkan kafarah wajib ditunaikan mengikut ketetapan bagi setiap kesalahan.  

DALIL : Mengenai Kaffarah Ila', Allah SWT berfirman :

Al-QURAN 

"Maksudnya : Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberi tempoh empat bulan. Setelah itu, jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Baqarah : ayat 226 dan 227) 

IJMAK 

Imam Al-Nawawi dan Ibn Qudamah telah menyatakan bahawa Umat Islam telah sepakat secara ijmak semenjak zaman Nabi SAW lagi mengenai pensyariatan kaffarah. 

HIKMAH PENSYARIATAN KAFFARAH :

  • Menjadi penyebab bagi pesalah untuk bertaubat
  • Meringankan bebanan rasa bersalah kerana melakukan maksiat 
  • Mengingatkan agar manusia tidak boleh mengambil mudah dengan peraturan dan hukum-hukum NYA. 

HADIS :

Sabda Nabi SAW yang menyuruh menunaikan sumpah :

Maksudnya : 

Dan jika kamu telah bersumpah atas sesuatu kemudian kamu melihat pada yang lebih baik, maka laksanakanlah yang baik itu dan tebuslah kaffarah sumpahmu itu.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 03 Disember 2024, 08:44:16.

Jumlah Pelawat

003821391

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY