|

Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT)

Image

Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT)

Tiga (3) fungsi utama unit BSAT adalah :

  1. Bantuan alat bantu pulih / perubatan
  2. Pengurusan Sukarelawan Al-Taqwa
  3. Pengurusan Souq Majjani (Pusat Sumbangan Barangan Terpakai untuk Asnaf)
Bantuan Alat Bantu Pulih / Perubatan
  • Permohonan terbuka kepada seluruh warga Melaka dan kelayakan akan dikira berdasarkan had kifayah semasa pemohon.
  • Dokumen yang diperlukan bagi proses permohonan adalah:-
    1. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi
      • Borang boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan agihan zakat dan juga di pejabat Al-Taqwa.
    2. Salinan kad pengenalan pesakit.
    3. Salinan kad pengenalan seisi rumah yang tinggal bersama pesakit.
    4. Kad rawatan / surat / memo daripada hospital / klinik yang disahkan oleh doktor bahawa pesakit perlu peralatan alat bantu pulih / perubatan tersebut.
    5. Sebutharga peralatan alat bantu pulih / perubatan yang disahkan oleh doktor (kecuali mesin oksigen, katil, dan diapers dewasa).
    6. Salinan slip gaji pemohon.

Proses permohonan dan serahan bantuan

PROSES PERMOHONAN DAN SERAHAN BANTUAN
Terimaan Borang Permohonan
  • Borang permohonan hanya akan diterima setelah dokumen yang diperlukan dilampirkan bersama.
  • Semakan akan dibuat oleh pegawai bertugas di kaunter.
Proses Siasatan Oleh Pegawai Penyiasat
  • Penyiasat akan membuat siasatan dan menghubungi pemohon bagi kelancaran siasatan.
Pembentangan Laporan Siasatan Kepada Pegawai Pelulus
  • Pegawai penyiasat akan membentang laporan hasil siasatan kepada pegawai pelulus dan keputusan bagi bantuan akan diputuskan di dalam mesyuarat.
Makluman Kelulusan Permohonan Kepada Pemohon
  • Pemohon akan dihubungi oleh pegawai penyiasat bagi sebarang makluman kelulusan.
  • Tempoh bagi kelulusan adalah selama 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang dan dokumen lengkap.
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Isnin 15 April 2024, 06:20:04.

Jumlah Pelawat

003722345

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN