Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Ziarah ke lokasi bangunan asrama terbakar di Sekolah Menengah Tahfiz Al Abkori JAIM di Komplek Dalak Al Khawarizmi. Turun bersama meninjau keadaan bangunan dan pelajar tahfiz Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Pegawai Tugas Khas Agensi Agama Negeri, Ybhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.
Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim juga hadir melihat sendiri keadaan bangunan berkenaan. Masih lagi dalam siasatan pihak bomba dan sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang melibatkan pelajar dan penghuni asrama.
Pihak MAIM dan Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) akan memantau keadaan semasa dan memastikan keselesaan dan kebajikan pelajar ini akan dijaga sebaiknya.
Firman Allah SWT : “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.†Surah Ibrahim ayat 14.